Thursday, November 11, 2010

114 Mangsa Gunung Merapi, 96 Orang Dirawat Di RS Sardjito


Yogyakarta 11 Nov 2010 – Sehingga hari ini, seramai 114 mangsa yang terkorban dan 96 orang masih menjalani rawatan telah dilaporkan, dalam bencana letusan Gunung Merapi di RS Sardjito.

“Laporan mangsa yang terkorban akibat letusan Gunung Merapi, yang cedera parah mahupun tidak, mencecah seramai 114 orang,” kata Ketua Humas RS Sarditjo, Trisno Heru Nugroho, di pejabatnya, Jalan Kesehatan, Sleman, Yogyakarta hari ini.

Beliau berkata lagi, 8 orang mangsa baru adalah lelaki yang tidak diketahui identiti sebenar telah dijumpai di Umbulharjo dan seorang wanita bernama Robinah telah dijumpai di Glagaharjo.

5 mangsa yang lain sebelum diberi rawatan di tempat pelindungan iaitu Muhammad ikram (25) dari Ngalik Sleman, Parjiyem (60) dari Umbulharjo Sleman, dan Supartimen (55) dari Argomulyo, Cangkringan, Sleman. Manakala tiga diantaranya hanya mengalami luka parah dan seorang daripadanya telah meninggal dunia akibat sakit kronis, Ponijo. Ahmad Yani patah tulang belakang.

Menurut Trisno, 96 mangsa Gunung Merapi yang lain sedang menjalani rawatan di hospital yang telah disediakan. Secara terperincinya, seramai 22 orang cedera parah dan 74 orang orang hanya mengalami cedera ringan.

“Sehingga ke hari ini, jenazah ditempatkan di ruang forensic Parjiyem, Supartinem,” kata beliau.
Trisno telah berkata, empat orang jenazah masih tidak diketahui tempatnya untuk dimaqamkan kerana mereka masih menunggu keputusan dari mahkamah Sleman. Sementara itu, jenazah yang berbaki telah pun dituntut oleh keluarga masing-masing.

Sunday, November 7, 2010

Erdogan Seru Dunia Iktiraf KOSOVO

Erdogan dan Hashim Thaci (Perdana Menteri Kosovo)Erdogan dan Hashim Thaci (Perdana Menteri Kosovo)
  Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan menyatakan bahawa negaranya akan melakukan yang terbaik di dunia Islam untuk mengakui Republik Kosovo sebagai negara merdeka yang majoriti penduduknya Muslim, menambahkan bahawa Ankara mendukung perundingan antara Serbia dan Kosovo untuk mengatasi masalah-masalah yang beredar di antara mereka.

 Erdogan mengatakan dalam jumpa pers bersama dengan Perdana Menteri Kosovo Hashim Thaci yang disiarkan secara langsung di TV Rabu lalu: "Turki mendukung kedaulatan dan kemerdekaan Kosovo dan akan melakukan yang terbaik untuk meyakinkan negara-negara Muslim yang belum mengakui Kosovo sampai saat ini sebagai negara merdeka bekas republik Yugoslavia," menekankan bahwa ada kebingungan dan ketidakjelasan atas permasalahan Kosovo di banyak negara-negara Islam dan negara lain di dunia.

 Erdogan mengatakan bahwa kemerdekaan Kosovo dari Serbia pada tahun 2008, bukan tindakan separatis atau pemberontakan, namun merupakan penerapan prinsip dari negara federal Yugoslavia sendiri di mana hak semua bangsa di dalam negara federasi Yugoslavia boleh menyatakan kemerdekaannya asalkan dilakukan melalui cara yang sah (referendum).